Pages

Ads 468x60px

Monday, February 25, 2013

Magic : The Gathering - Part 1


Untuk kali pertama ni aku nak bercerita pasal satu game yang aku dah main lama dah, sejak tahun 2001 lagi. Game ni tak lain tak bukan, Magic : The Gathering. Ni adalah bahagian 1 dari beberapa artikel yang aku akan tulis pasal game ni. Sebab kalau nak ceritakan semua sekali dalam satu artikel, mau 3 jam tak habis baca.



Pengenalan


Game ni dikeluarkan oleh Wizards Of The Coast yang beribu pejabat di Renton, Washington, USA. Sejarah game ni panjang gak. Game ni sebenarnya adalah ciptaan seorang professor matematik yang bernama Richard Garfield. Masa dia cipta game ni, game yang pakai kad macam ni (trading card game) tak wujud lagi. Jadi secara tak langsungnya, game ni merupakan game trading card yang pertama di dunia.

Pada tahun 1993, Richard Garfield pegi berjumpa dengan CEO WoTC ni dengan harapan company tu boleh pasarkan game yang dia cipta, "RoboRally". Tapi time tu WoTC ni company kecik je dan takde bajet nak buat boardgame dengan skala yang besar. Jadi CEO WoTC tu mintak Richard Garfield cipta game yang murah sikit, senang dibawak ke mana saja, dan cepat untuk dimainkan.

Richard Garfield balik dan dapat idea untuk buat game Magic : The Gathering ni. Lepas testing semua, game ni mula dipasarkan pada bulan Ogos 1993. Apa yang jadi kemudian tu bak kata diaorg, "is history".

Flash forward 20 tahun kemudian, game ni dah menang macam-macam award dalam kategori "Best Mental Game", "Best Game Design" dan sebagainya. Berjuta-juta orang pun dah jadi pemain game ni. Macam-macam jenis pemain ada, ada yang professional (yang hidup diaorg kerja main game ni je, lompat dari satu tournament ke tournament), ada yang semi-pro (bila ada tournament dekat dengan kawasan diaorang, baru diaorang main), ada yang kasual (main dengan kawan-kawan kat rumah, asrama, dan sebagainya), dan ada yang jenis pengumpul (macam art collector).

Kalau bab tournament pulak, ada tournament yang menawarkan hadiah sampai USD40,000 untuk pemenang. Yup, US Dollars. Tapi bukan semua boleh sampai ke tahap yang tu. Skill level kena tinggi, kena bertahun practice, kena ada team yang mantap untuk berlatih. Macam sukan professional yang lain jugak.


Magic ni antara salah satu game yang aku boleh kategorikan sebagai game yang "senang nak belajar, susah nak master". Mana taknya, tiap tahun ada 4 set akan dikeluarkan dan dalam setiap set tu, environment gameplay akan bertukar. Jadi kalau nak master satu-satu set betul-betul, set baru dah keluar. Gameplay game ni sentiasa bertukar dan bagi aku, itu bagus. Kalau tak boring la kan asik main benda sama je?

Benda paling basic dalam Magic ni adalah penggunaan warna untuk membezakan identiti "spells" dan "creature" yang ada dalam Magic. Warna ni jugak melambangkan "Mana" yang boleh digunakan untuk memainkan sesuatu "spells" dalam Magic. Mari aku terangkan tentang "warna-warna" dalam Magic. 

Warna Dalam Magic

Putih

Warna putih dalam Magic melambangkan "keseimbangan, perlindungan dan cahaya". Kad yang dikuasakan oleh Mana warna putih biasanya bersifat keadilan, keberanian, dan kesamaan. Spells warna putih ni biasanya bersifat pemulihan nyawa, perlindungan dari warna lain. Bawah ni adalah contoh kad-kad yang duduk dalam kawasan Mana putih. 




Biru

Warna biru pulak dimajukan dengan "pengetahuan, illusi dan manipulasi". Kononnya warna biru dalam Magic ni menggambarkan kepandaian la. Biasanya spells warna biru ni boleh patahkan spells pihak lawan, boleh curi creature pihak lawan, boleh draw banyak kad untuk diri sendiri. Contoh-contoh kad yang menggunakan Mana berwarna biru adalah seperti yang dibawah. 




Hitam

Hitam ni merupakan salah satu dari warna favorite aku dalam Magic. Warna hitam disifatkan dipacu nilai-nilai seperti "kegelapan, keazaman, dan kematian". Ganas tak? Spells dari warna hitam biasanya bersifat punishment, berunsur kematian macam Vampire, Zombie, dan distruption kepada opponent. Mari kita tengok kad-kad yang boleh dikaitkan dengan warna Mana hitam dalam Magic. 




Merah

Merah ni pun antara warna yang aku suka dalam Magic. Warna merah dalam Magic ni biasanya dipacukan oleh sifat-sifat "kebebasan, emosi yang tinggi, dan dorongan yang melampau". Spells dalam warna merah ni biasanya bertujuan untuk mencederakan pihak lawan dengan secara terus, memusnahkan sumber yang dikawal pihak lawan, dan melakukan kerosakan secara am. Contoh-contoh kad dalam warna merah ni adalah seperti yang berikut. 




Hijau

Warna yang terakhir sekali dalam spektrum warna-warna Magic adalah Hijau. Warna hijau ni dipacukan oleh nilai-nilai seperti "perkembangan, naluri, dan alam semula jadi". Biasanya spells dalam warna hijau ni memberi kuasa tumbesaran kepada creature yang dikawal oleh pemain. Contoh kad dari warna hijau adalah seperti berikut. 




Mungkin by now korang semua bertanya apa yang best sangat kumpul kadbod macam ni? Kalau korang tanya aku, Magic ni dah ajar aku macam-macam dari segi decision making, kira-kira, diplomasi. Dan dari Magic jugak aku kenal ramai orang yang bukan sahaja dari Malaysia, malah dari Thailand, Filipina, Jepun, dan jugak USA. Takde bahasa yang kami tak boleh faham selagi kami bermain Magic sama-sama. 

Kalau korang berminat nak tau lebih lanjut pasal game ni (dan tak sabar aku tulis bahagian 2 artikel ni), boleh download demo macam mana nak main game ni kat Steam (utk PC) atau App Store (utk iOS) dan cuba main demo yang amat intuitif. Demo ni percuma je, kalau korang berminat nak main dengan lebih lanjut, boleh beli je game dia lepas tu.

Sini aku link kan ke download page di Steam : Duels Of The Planeswalker

Dan ini adalah trailer untuk game tersebut. 




Kalau korang tak berminat nak layan digital punya, nak layan yang kad punya version, boleh datang ke  kedai game yang aku listkan kat bawah ni.

Spartan Games Arena (Wangsa Maju, belakang Wangsa Walk) - 03 4141 6676
Signa Games Shop (Kota Damansara, seberang jalan dari The Strand) - 03 6140 6369
Eternal Magic (Millenium Square, dekat dengan LRT Asia Jaya) - 03 7931 0298

Next artikel aku akan ceritakan pasal gameplay dan komuniti Magic : The Gathering pulak kat Malaysia ni. 

Salam!

No comments:

 

Blog Archive

Popular Posts

Followers