Pages

Ads 468x60px

Wednesday, February 27, 2013

Magic : The Gathering - Part 2


Sebelum aku start post hari ni, aku nak cakap terima kasih la kepada korang yang rajin baca post pertama aku hari tu. Seriously, dah lama aku tak menulis blog. Selalu kat twitter je. Ni baru dapat bercerita panjang-panjang.

Anyway kali ni aku nak cerita pasal gameplay Magic ni. Kalau korang berminat, meh terus baca post.



Bahagian - Bahagian Kad

Magic ni adalah sebuah game yang dimainkan dengan menggunakan kad. Kad-kad ni mewakili spells yang kita sebagai player boleh cast. 

Objektif game ni senang, setiap player memulakan game dengan 20 life points. So sape sampai 0 life dulu, dia kalah. Ada beberapa cara lagi dalam game ni yang boleh digunakan untuk kalahkan player lawan. Tapi tu dah kira advanced, aku bercerita kat sini benda yang paling basic je untuk game ni. 

So apa yang ada kat kad-kad ni yang player semua kena tau? Meh kita tengok.


(image credit : Blog Ernesto Silva )

Ok, part yang paling penting sekali yang player kena tau pasal sesuatu kad, adalah Nama (Card Name),  Kos Mana (Mana Cost) dan Jenis Kad (Type Line).

Ni benda yang paling penting bagi aku kalau aku pegang mana-mana kad tu. Nak tau sebabnya?

Nama kad tu penting untuk tau identiti kad tu, mana cost pulak penting untuk tau berapa mana yang kita kena bayar untuk cast kad tu ke dalam battlefield (gameplay area), dan jenis kad tu penting untuk kita tau timing bila kita boleh cast spell tu. 

Jenis Kad

Spells ni ada beberapa jenis. Yg kat atas tu adalah creature. Creature spells ni stay dalam kawasan permainan selagi dia tak mati kena bunuh atau akibat combat. 

Yg kat bawah ni pulak jenis Instant. Spells jenis Instant ni boleh dimainkan bila-bila seseorang player ada priority, tak kira dalam turn player yang mana. 


Spell yang bawah ni pulak, jenis Sorcery. Sorcery ni hanya boleh dimainkan dalam turn kita saja dan bila spell stack kosong. 


Enchantment spell pulak, memberikan effect yang berterusan dalam sesuatu game sehingga enchantment tu dimusnahkan oleh mana-mana player. 


Artifact spell pulak, macam add-on yang boleh digunakan oleh kita untuk sesuatu tujuan spesifik. Biasanya artifact spell ni ada built-in ability yang kita boleh activate bila-bila masa asalkan kita ada mana untuk bayar ability tu. 


Artifact ni ada lagi satu jenis, nama dia equipment. Equipment ni macam add-on yang kita boleh "pakaikan" kat creature kita dan memberikan kelebihan dalam combat. Untuk menggunakan Equipment ni, memula kita kena cast spell tu, lepas tu baru kita bayar kos untuk Equip dia kat creature kita. 


Then kita ada kad yang special, dari jenis Planeswalker. Planeswalker merupakan watak-watak utama dalam storyline Magic : The Gathering ni. Idea wujudnya Planeswalker ni, adalah macam kita panggil lagi sorang player untuk join kita dalam sesebuah game. Planeswalker ni bukan creature, jadi dia tak terlibat secara langsung dalam combat. Tapi, mana-mana creature pihak lawan boleh attack dia untuk bunuh dia. Jadi kita sebagai defending player, kena gunakan cara untuk tahan serangan pihak lawan kita tu. 

Planeswalker ni datang dengan beberapa ability yang built-in. Setiap turn kita, kita boleh gunakan ability Planeswalker ni. Biasanya ability yang ada kat Planeswalker ni agak menakutkan la. Jadi biasanya dalam sesebuah game, kita kena bunuh Planeswalker diaorang dengan cara combat atau dengan menggunakan beberapa spells. 


Last sekali dalam Magic, untuk menjanakan kuasa memainkan spells ni, kita perlukan Mana. Jadi macam mana kita nak dapat mana ni? Untuk itu, kita ada sejenis kad yang dipanggil Land. Land ni bertujuan untuk generate mana untuk kita main spells kita. Kira macam bateri la. Land ada 5 warna, sesuai dengan 5 warna dalam Magic. 

Swamp akan memberikan Mana warna hitam, Island akan memberikan Mana warna biru, Mountain akan memberikan Mana warna merah, Forest memberikan Mana warna hijau, dan Plains memberikan Mana warna Putih. 

Jumlah mana yang perlu dibayar adalah tertera pada atas kad Magic ni. 

Sebagai contoh, untuk memainkan spell yang dibawah ni, kita kena bayar 1 Mana hijau dan 1 mana dari apa-apa warna. 


Ok sekarang kita dah tau basic yang ada pada kad-kad Magic, aku nak bercerita pasal gameplay dia pulak. 

Gameplay 

Magic ni dimainkan dengan banyak cara. Yang paling lazim adalah dengan Constructed Deck. Setiap deck mengandungi 60 kad minimum. Lebih boleh, tapi tak boleh kurang dari 60 kad. Untuk setiap kad pulak, melainkan Basic Land, hanya 4 keping kad dari jenis tu yang boleh ada dalam setiap deck. Kira macam bear yang kat atas tu, hanya 4 keping je boleh main dalam deck korang. 

Kalau aku nak bercerita pasal gameplay ni, agak panjang. Apa kata korang tengok siri video kat bawah ni, dan aku akan sambung dengan aspek komuniti dalam Magic : The Gathering dalam post yang akan datang. Ok tak? 



















Amacam? agak-agak nak cuba tak? Kalau korang nak, boleh datang ke mana-mana kedai game yang aku listkan kat bawah ni. Diaorang boleh demokan game ni untuk korang dengan PERCUMA!!

Spartan Games Arena (Wangsa Maju, belakang Wangsa Walk) - 03 4141 6676
Signa Games Shop (Kota Damansara, seberang jalan dari The Strand) - 03 6140 6369
Eternal Magic (Millenium Square, dekat dengan LRT Asia Jaya) - 03 7931 0298


Selamat bermain dan jumpa next post!

2 comments:

zaaba said...

Tech,

Cuba kau tengok gambar ni. Memang bagus untuk orang yang baru main Magic. http://i.imgur.com/XirBR.jpg

Reza

Unknown said...

Reza : Wah! menarik ni. tapi kalau aku beginner, aku tgk ni mau aku pengsan. hahah! Thanks wei!

 

Blog Archive

Popular Posts

Followers